Griezmann (kanan) bersaing bersama Ronaldo dan Bale (bawah). FOTO DAILY MAIL & EPA
Griezmann (kanan) bersaing bersama Ronaldo dan Bale (bawah). FOTO DAILY MAIL & EPA

Senarai pendek Pemain Terbaik Eropah tahun ini didominasi pemain La Liga, menurut kenyataan diumumkan oleh badan induk pentadbir bola sepak benua itu, UEFA.

Daripada senarai 10 pemain teratas, tujuh bersaing untuk anugerah berprestij itu beraksi dalam liga di Sepanyol.

Juara Eropah, Real Madrid diwakili empat pemain termasuk Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale sementara pemenang tahun lalu Lionel Messi dan rakan sepasukan Barcelona Luis Suarez serta penyerang Atletico Madrid Antoine Griezmann turut berada dalam senarai.

Berikut senarai Anugerah Pemain Terbaik Eropah:

Gareth Bale (Real Madrid & Wales)

Gianluigi Buffon (Juventus & Itali)

Antoine Griezmann (Atletico Madrid & Perancis)

Toni Kroos (Real Madrid & Jerman)

Lionel Messi (Barcelona & Argentina)

Thomas Muller (Bayern Munich & Jerman)

Manuel Neuer (Bayern Munich & Jerman)

Pepe (Real Madrid & Portugal)

Cristiano Ronaldo (Real Madrid & Portugal)

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Julai 2016 @ 11:55 PM