FOTO Rizanizam Abdul Hamid
FOTO Rizanizam Abdul Hamid
Oleh Rizanizam Abdul Hamid

Kuala Lumpur: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) merancang mewujudkan sekurang-kurangnya satu pusat jualan produk ICT di setiap ibu negeri.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, MARA Digital di Menara MARA, Jalan Raja Laut, di sini, yang sebelum ini diberi jolokan Low Yat 2 adalah perintis kepada projek itu.

Selepas ini, kita merancang menggunakan arked MARA di bandar setiap negeri untuk diwujudkan pusat ICT seperti ini supaya Bumiputera mempunyai platform lebih luas bagi mengembangkan perniagaan mereka.

"Bagaimanapun, MARA Digital bukanlah bertujuan bersaing dengan ICT lain seperti Low Yat (Bukit Bintang) dan Digital Mall (Petaling Jaya) sebaliknya memberi pilihan kepada pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan MARA Digital di Menara MARA, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2015 @ 1:36 PM