IHSAN Bomba dan Penyelamat
IHSAN Bomba dan Penyelamat
Oleh Noor Hidayah Tanzizi

Manjung : Seorang lelaki terpaksa menahan sakit kira-kira 10 minit selepas jari tengahnya tersepit di lubang tepi topi keledar di Taman Fasa 1C, di sini, 8.10 malam tadi.

Bagaimanapun, mangsa berusia 20-an tidak mengalami kecederaan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Manjung, berkata ketika kejadian mangsa baru pulang daripada makan dan mahu masuk ke rumah dengan membawa topi keleder bersama.

"Ketika mangsa mahu meletakkan topi keledar di tempat penyimpanan jarinya tersangkut dan dia bersama rakan serumahnya cuba menarik jari namun tidak berjaya sebelum menghubungi bomba.

“Kami mengeluarkan jari mangsa yang tersepit dengan menggunakan minyak dan membuka penutup bahagian dalam topi keledar itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2015 @ 11:00 AM