PELAJAR bergambar kenangan selepas program berakhir.
PELAJAR bergambar kenangan selepas program berakhir.

Seramai 50 pelajar SMK Ungku Husin Endau, Mersing, Johor, memperoleh pelbagai pengalaman berharga ketika menyertai Program Minda Insan dan Iman peringkat negeri Johor 2015, baru-baru ini .

Program anjuran bersama Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) itu bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar mengenali potensi diri yang boleh digilap bagi meneruskan cabaran hidup.

Pegawai Tadbir YPKDT daerah, Wirarinnata Sadikin berkata, program itu menjadi platform terbaik kepada pelajar mengukuhkan jati diri, selain mempupuk kesedaran mengenai tanggungjawab sebagai bakal pemimpin pada masa depan.

“Ia diharap mampu meningkatkan daya saing, memperbaiki diri dan positif mengharungi kehidupan.

“Mereka perlu disuntik dengan tanggungjawab dan nilai murni sebagai persediaan bergelar pemimpin masa depan,” katanya.

Program tiga hari dua malam itu dipenuhi pelbagai aktiviti antaranya tazkirah, kuliah Subuh, ceramah dan riadah.

Turut diadakan majlis penyerahan taklif iaitu simbolik ‘penyerahan’ pelajar oleh ibu bapa kepada pihak pengelola.

Pelajar daripada kalangan anak keluarga kurang berkemampuan di sekitar Endau.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2015 @ 4:39 AM