PENUNTUT universiti di luar negara bersama murid SK Teriang selepas tamat program Perantau Cakna.
PENUNTUT universiti di luar negara bersama murid SK Teriang selepas tamat program Perantau Cakna.
Zul Ikhwan Muhammad


Sekumpulan siswa Malaysia yang menuntut di universiti luar negara mengambil inisiatif menubuhkan Kelab Perantau Cakna bagi membolehkan mereka berkumpul dan mengadakan program bermanfaat kepada masyarakat di negara ini sepanjang cuti musim panas.

Terbaru, 42 sukarelawan yang terdiri daripada penuntut 15 universti luar negara mengadakan program Perantau Cakna bersama penduduk dan murid sekolah di Kampung Teriang, Endau, Mersing.

Ia menyasarkan perkongsian ilmu, pembangunan rohani, peningkatan penjagaan kesihatan selain menjalin hubungan mesra dengan penduduk kampung.

Program lima hari yang berakhir kelmarin itu juga dipenuhi pelbagai aktiviti kerohanian, tazkirah, motivasi, kem pemantapan solat dan al-Quran bersama murid Sekolah Kebangsaan Teriang, Endau.

PAMERAN dan pemeriksaan kesihatan turut diadakan.
PAMERAN dan pemeriksaan kesihatan turut diadakan.

Pengarah program Akmal Hakim Azizey yang juga penuntut jurusan Kejuruteraan Angkasa, Universiti Inha, Korea Selatan berkata, program tahun ketiga itu mendapat sambutan menggalakkan dari penuntut Malaysia yang menuntut di luar negara.

Namun pihaknya terpaksa mengehadkan penyertaan peserta bagi mumudahkan pengurusan dan perjalanan program.

“Melalui kolaborasi antara penduduk dengan penuntut, mereka dapat merasai pengalaman baru bersama masyarakat luar bandar yang kini dilihat semakin peka terhadap dunia pendidikan masa kini,” katanya.

Beliau berkata, selain program bersama murid sekolah, beberapa aktiviti sampingan termasuk lawatan dan pemerikaan kesihatan ke rumah penduduk, sukaneka, riadah bersama keluarga angkat turut diatur bagi memenuhi slot program.

AHLI Jawatankuasa tertinggi Perantau Cakna yang menguruskan perjalanan program.
AHLI Jawatankuasa tertinggi Perantau Cakna yang menguruskan perjalanan program.

Penuntut Perubatan dari Akademi Perubatan Nizhny Novgorad State, Nurzaira Ahmad Zamri, 21, berkata peluang bersama sukarelawan lain dimanfaatkan sepenuhnya untuk menyumbang khidmat kepada masyarakat terutama dalam aspek pengetahuan dan penjagaan kesihatan.

“Kami turut menjalankan lawatan ke rumah penduduk kampung untuk mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma dan maklum balas diterima sangat positif malah mereka teruja dengan kehadiran kami,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Oktober 2017 @ 2:39 PM