Oleh Michelle Gun


Baru dua tahun bertapak dalam industri seni tanah air, Mia Ahmad mendedahkan sudah penat melakonkan watak yang banyak bermain dengan emosi.

Kemunculan pertama Mia atau nama sebenarnya Samiha Ahmad Baderi di layar kaca adalah menerusi drama Rindu Awak 200% diikuti Ku Tak Rela.

Namanya mula menjadi sebutan ramai selepas drama rantaian Hati Perempuan yang dibintanginya mendapat sambutan hangat.

Sebagai pendatang baru, Mia ketika ditemui di Balai Berita, Kuala Lumpur, baru-baru ini mengakui watak sedemikian berat dan sangat mencabar.

“Memang penat hidupkan watak yang memerlukan banyak menangis, bergaduh dan mengamuk,” katanya.

Bekas pramugari syarikat penerbangan AirAsia ini turut memaklumkan berasa marah dengan watak Yuhanis ketika membaca skrip dan novel drama Hati Perempuan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 November 2015 @ 6:25 AM