AKMAL Nasir. FOTO arkib NSTP Muhd Asyraf Sawal
AKMAL Nasir. FOTO arkib NSTP Muhd Asyraf Sawal
Oleh Murni Wan Omar


Kuala Lumpur: Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir berdepan dengan tindakan saman jika gagal memohon maaf berhubung kenyataan fitnah yang dikeluarkan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Dalam surat tuntutan yang dikemukakan oleh Jamil Khir melalui Tetuan Adnan Sharida & Associates, Akmal hanya mempunyai tempoh sehingga petang esok untuk berbuat demikian.

Akmal didakwa mengeluarkan dan menerbitkan kenyataan berunsur fitnah kepada media, umum dan laman sosial pada 13 November 2015.

Ia adalah berhubung kenyataan fitnah Akmal mendakwa Jamil Khir menyalahgunakan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Oleh itu, Jamil Khir menuntut Akmal memohon maaf, menarik balik kenyataan dan ganti rugi sebanyak RM10,000,000.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 November 2015 @ 2:35 PM