Hayati Ibrahim


Putrajaya: Tabung Kemanusiaan Aceh anjuran bersama enam agensi kerajaan dan media dilancarkan hari ini bagi memberi peluang kepada rakyat negara ini untuk membantu mangsa gempa bumi di negara berkenaan.

Majlis pelancaran disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Dalam ucapannya, beliau berkata, sumbangan boleh dibuat menerusi 22 cawangan Ar Rahnu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), 123 cawangan Tabung Haji dan menerusi tabung yang disediakan di masjid dibawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

"Selain itu, sumbangan juga boleh disalurkan secara terus ke akaun Bank Islam di nombor akaun 14023010000082 atas nama Tabung Kebajikan dan Pelajaran YaPEIM.

"Tempoh kutipan sumbangan adalah dua bulan bermula 22 Disember hingga 28 Februari tahun depan,"katanya pada majlis pelancaran Tabung Kemanusiaan Aceh di sini hari ini.

Buat permulaan, sejumlah RM289,360 sudah disumbangkan dari Lembaga Tabung Haji (TH); YaPEIM Gold; YayasanYaPEIM Berhad; Yayasan Taqwa MAIWP, UKM Specialist Hospital dan warga kerja YaPEIM.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Disember 2016 @ 2:59 PM
Jamil Khir menerima replika cek daripada Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk Tabung Kemanusiaan Aceh  di Putrajaya. Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. FOTO Fariz Iswadi Ismail
Jamil Khir menerima replika cek daripada Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk Tabung Kemanusiaan Aceh di Putrajaya. Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. FOTO Fariz Iswadi Ismail