BANGUNAN Parlimen. FOTO arkib NSTP
BANGUNAN Parlimen. FOTO arkib NSTP
Hairulazim Mahmud


Kuala Lumpur: Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 (RUU 355) akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok atau lusa, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, usul persendirian itu akan dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebelum itu beliau menghadiri taklimat dan perjumpaan khas Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 (Akta 355).

Taklimat itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Turut hadir semua Ahli Parlimen Islam termasuk penyokong kerajaan dan pembangkang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 November 2016 @ 7:17 PM