PESERTA Ipoh International Run 2015 bersedia memulakan larian di hadapan Stadium Indera Mulia. FOTO Supian Ahmad
PESERTA Ipoh International Run 2015 bersedia memulakan larian di hadapan Stadium Indera Mulia. FOTO Supian Ahmad
Oleh Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Seramai kira-kira 10,000 peserta menyertai Larian Antarabangsa Ipoh 2015 yang diadakan di Stadium Indera Mulia di sini, pagi tadi.

Acara yang dianjurkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) itu membabitkan 12 kategori dengan jarak sejauh 21 kilometer (km), 10 km, 7 km dan 5 km.

Penyertaan diterima turut membabitkan peserta luar negara seramai 200 orang dari Kenya, China, Indonesia, India, Jerman, Jepun,Thailand dan Singapura.

Majlis pelepasan peserta disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zamby Abd Kadir secara berperingkat dari perkarangan stadium bermula jam 6.50 pagi tadi.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri S.K Devamany; Setiausaha Kewangan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan; Exco Belia dan Sukan, Datuk Shahrul Zaman Yahaya; Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mohd Ghazali Jalal dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 November 2015 @ 11:08 AM