K528
K528
A6
A6
S-WATCH
S-WATCH

Kenxinda, produk telekomunikasi dari China memasuki pasaran tempatan dengan memperkenalkan 13 produk termasuk telefon pintar jenis K528 dan A6 serta jam pintar S-Watch.

Kenxinda K528 ditampilkan dengan kepadatan skrin IPS FWVGA 3.5 inci dan resolusi 320*480 dikuasakan oleh 1.2GHz single core bersama 512MB storan dan RAM.

Sama seperti A6, K528 juga mempunyai dua slot kad SIM dengan sokongan Android 4.4, ditambah 0.3MP kamera depan dan 2MP kamera belakang.

Bagi Kexinda A6 pula, ia direka dengan reka bentuk lebih ringkas dan segar pada saiz skrin IPS LCD 5.0 inci dan disokong oleh sistem Andorid 4.4.2.

Mempunyai kapasiti untuk dua sim, ia didatangkan dengan pemprosesan 1.3 Quad Core dan kelajuan 1.3GHz serta dipadankan RAM 1GB selain storan dalaman sebanyak 8GB.

Telefon mudah alih ini menggunakan resolusi kamera utama sehingga 8MP dan 2MP di depan. Untuk kapasiti bateri bersaiz 2500mAh, penggunaan masa bercakap mampu bertahan sehingga tujuh jam.

Manakala S-Watch turut dicipta dengan satu slot kad SIM serta mampu disambungkan dengan peranti pintar melalui Bluetooth.

Memiliki skrin warna 262K, ia dibina bersama kamera VGA selain dapat menampung sistem radio FM, MP3 dan MP4.

Malah, jam pintar berkenaan didatangkan bersama Bluetooh bebas tangan dan dijual pada harga set.

INFO

K528

- Harga: RM169

- OS: Android 4.4

- Rangkaian: 3G

- Jalur: GSM850 / 900/1800/1900 / WCDMA900 / 2100MHz

- Pemprosesan: 1.2Ghz Quad Core

- Memori: 512MB ROM/ 512MB RAM

- Warna: Hitam, Putih, Merah Jambu

- Kamera: 2.0MP, 0.3MP (belakang, depan)

- Resolusi skrin: 320*480 (HVGA)

- Kapasiti bateri: 1300mAh

A6

- Harga: RM469

- OS: Android 5.0

- Rangkaian: 3G & 2G

- Jalur: GSM850 / 900/1800/1900 / WCDMA (900/2100) Mhz

- Pemprosesan: 1.3GHz Quad Core

- Memori: 8GB ROM/1GB RAM

- Warna: Hitam, Putih, Biru

- Kamera: 13.0MP, 2.0MP (belakang, depan)

- Resolusi skrin: 960*540 (QHD)

- Kapasiti bateri: 1900mAh

S-WATCH

- Harga: RM299

- Slot SIM: Satu

- Skrin warna: 262K

- Kamera: VGA

- Warna: Hitam & Putih

- Menyokong: Radio FM, MP3 & MP4

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2015 @ 10:24 AM