FOTO Farizul Hafiz Awang
FOTO Farizul Hafiz Awang
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah

Maran: Empat sekeluarga, termasuk kanak-kanak tiga tahun maut selepas kereta mereka bertembung dengan lori muatan anak sawit di KM44 Jalan Maran-Jerantut, dekat Sungai Jerik.

Pada kejadian 4.50 petang semalam, mangsa terbunuh dikenali Sukri Sampol, 30, dari Kampung Pandan Kuala Lumpur; isterinya, Mas Hanum Mustapa, 31, dan anak lelaki mereka, Muhammad Aqil Danish Sukri.

Turut maut adalah Nor Asiah Abdul Aziz, 53, dari Kampung Sengkela Dong, Raub, iaitu mak mentua Sukri.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mat Rizal Md Radzi, berkata ketika kejadian, mangsa bersama seorang lagi ahli keluarga mereka dalam perjalanan dari Raub menghala ke Kuantan.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta mangsa terbabas lalu merempuh lori muatan sawit yang datang dari arah bertentangan.

"kibatnya, semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 November 2015 @ 2:01 AM