DOLLAH (tiga dari kanan) beri arahan pada sesi latihan pemain negara.
DOLLAH (tiga dari kanan) beri arahan pada sesi latihan pemain negara.
Oleh Aziman Rosdi

Sepang: "Ini bukan isu, siapa saja jurulatih perlu ada sasaran. Kalau FAM tak letak sasaran, kita sendiri akan letak. Saya perlu teruskan perjuangan ini."

Itu kata-kata tidak mudah mengalah jurulatih Harimau Malaya Dollah Salleh meskipun berdepan situasi kritikal dengan misi ke final Piala AFF di Singapura bermula 23 November ini.

Pengendali berusia 51 tahun itu berkata, biarpun sasaran diletakkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) agak mendadak buat dirinya yang belum 'panas' memegang jawatan itu sejak dilantik Julai lalu, beliau perlu melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin.

"Memang sasaran itu tinggi. Mereka juga perlu faham masa yang saya ada terlalu singkat. Saya tak dapat membentuk pemain lagi, tapi saya perlu terima hakikat. Dengan pemain saya ada, kami perlu berikan aksi terbaik pada kejohanan itu nanti," katanya sebelum berlepas ke Hanoi, Vietnam semalam.

Selepas tewas kepada Syria 0-3 pada aksi persahabatan antarabangsa Rabu lalu, Dollah bersama 26 pemain mahu mencari tonik semangat menentang Vietnam esok.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 November 2014 @ 5:03 AM