Suspek ditahan SPRM di sebuah bilik hotel di Jalan Putra, Alor Setar kira-kira 2 petang semalam, ketika bersama seorang janda berusia lingkungan 20-an dipercayai cuba dijadikan mangsanya.
Suspek ditahan SPRM di sebuah bilik hotel di Jalan Putra, Alor Setar kira-kira 2 petang semalam, ketika bersama seorang janda berusia lingkungan 20-an dipercayai cuba dijadikan mangsanya.
SE0RANG pegawai kanan di sebuah agensi kerajaan direman untuk membantu siasatan kes minta habuan seks bagi meluluskan permohonan ibu tunggal bagi mendapatkan rumah PPRT di Kedah dibawa ke Mahkamah Majistret 4 Alor Setar. FOTO Sharul Hafiz Zam

Oleh Mohamad Hussin

Alor Setar: Seorang penolong pengurus sebuah agensi kerajaan ditahan reman lima hari oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini selepas disyaki meminta habuan seks sebagai dorongan untuk mendapat kelulusan rumah mampu milik.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Umzarul An-Nur Umar terhadap tertuduh yang berusia 50-an kira-kira jam 10.45 pagi ini.

Tertuduh yang memakai baju lokap warga ungu tiba di pekarangan mahkamah jam 9 pagi tadi.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009.

Suspek ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah bilik hotel di Jalan Putra di sini, kira-kira jam 2 petang semalam, ketika bersama seorang janda berusia lingkungan 20-an dipercayai cuba dijadikan mangsanya.

Suspek dipercayai meminta habuan seks daripada pemohon rumah Pembangunan Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang kebanyakannya terdiri daripada ibu tunggal.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 1:06 PM