HUJAN lebat menyebabkan air naik setinggi 0.2 meter. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
HUJAN lebat menyebabkan air naik setinggi 0.2 meter. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
HUJAN lebat menyebabkan tanah runtuh dan pokok tumbang yang menhempap rumah penduduk kampung. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
HUJAN lebat menyebabkan tanah runtuh dan pokok tumbang yang menhempap rumah penduduk kampung. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
ANGGOTA bomba memotong pokok tumbang yang menghempap rumah penduduk. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
ANGGOTA bomba memotong pokok tumbang yang menghempap rumah penduduk. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
Oleh Noor Hidayah Tanzizi


Pantai Remis: Seramai 121 orang daripada 34 keluarga dari empat kampung di mukim Pantai Remis dipindahkan ke pusat pemindahan selepas rumah mereka dinaiki air setinggi 0.2 meter dalam kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di sini, semalam.

Dalam kejadian 6 petang itu, semua mangsa membabitkan Kampung Sungai Batu, Kampung Tebuk Yan, Kampung Parit Meritan dan Kampung Sungai Batu Nelayan dipindahkan ke dua pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Batu dan Dewan Orang Ramai Kampung Tebuk Yan 2.

Difahamkan ketika kejadian hujan lebat disusuli ribut petir menyebabkan beberapa tiang elektrik di tepi jalan tumbang pada 2 petang sebelum paras air naik memasuki rumah penduduk dan tanah runtuh menyebabkan pokok tumbang menghempap enam rumah penduduk namun tiada mangsa yang terlibat.

Ketua Balai bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Amir Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.08 petang sebelum pasukannya bergegas ke tempat kejadian.

"Semua mangsa banjir dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Batu manakala mangsa tanah runtuh dan pokok tumpang di Dewan Orang Ramai Kampung Tebuk Yan 2," katanya.

Menurutnya, operasi turut membabitkan Polis DiRaja Malaysia(PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Oktober 2015 @ 10:26 AM