ANGGOTA polis membawa keluar tertuduh yang mengaku tidak bersalah. FOTO Intan Nur Elliana Zakaria
ANGGOTA polis membawa keluar tertuduh yang mengaku tidak bersalah. FOTO Intan Nur Elliana Zakaria
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque


Shah Alam: Pengurus Projek Petronas ICT Sdn Bhd dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tiga kesalahan menerima suapan berjumlah RM31,880.70 pada 2013 dan tahun lalu.

Tertuduh, Ali Amran Alias, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Sabariah Atan.

Beliau dituduh menerima tiga suapan berbentuk cek daripada Ahmad Fauzan Hashim yang juga pemilik Nera Infocom (M) Sdn Bhd pada 10 Oktober 2013 dan 13 Mac serta 9 Mei tahun lalu.

Suapan itu diberikan bagi membocorkan maklumat sebut harga bagi melayakkan syarikat berkenaan terpilih bagi kerja pemasangan sistem radio UHF Bintulu Crud Terminal di Petronas ICT Tanjung Kidurung, Sarawak.

Hakim menetapkan jaminan sebanyak RM7,000 untuk setiap pertuduhan dan 30 November depan untuk sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2015 @ 1:28 PM