Ekhwan Haque Fazlul Haque


Shah Alam: Bekas pengurus Petronas ICT Sdn Bhd dijatuhi hukuman penjara sehari dan didenda RM70,846 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan menerima suapan, dua tahun lalu.

Hakim Sabariah Atan menjatuhkan hukuman itu terhadap Ali Imran Alias, 43, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan mendapatkan suapan beliau menerima cek HSBC berjumlah RM14,169.20, 13 Mac 2014.

Sabariah juga memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh dituduh menerima suapan daripada syarikat Nera Infocom (M) Sdn Bhd sebagai dorongan untuknya membocorkan maklumat sebut harga bagi melayakkan syarikat itu terpilih sebagai kontraktor bagi kerja pemasangan sistem radio UHF Bintulu Crud Terminal (BCOT) di Petronas ICT Tanjung Kidurung, Bintulu, Sarawak.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Sekyen 24(1) itu dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mahamad Sukri Seman.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Mac 2016 @ 12:55 PM