ORANG ramai melihat keadaan rumah yang rosak teruk di Kampung Sungai Nonang dekat Simpang Empat. FOTO Zahratulhayat Mat Arif
ORANG ramai melihat keadaan rumah yang rosak teruk di Kampung Sungai Nonang dekat Simpang Empat. FOTO Zahratulhayat Mat Arif
RUMAH di Kampung Sungai Nonang Mukim Tebegau, Alor Setar yang rosak teruk akibat puting beliung. FOTO Sharul Hafiz Zam
RUMAH di Kampung Sungai Nonang Mukim Tebegau, Alor Setar yang rosak teruk akibat puting beliung. FOTO Sharul Hafiz Zam
PUTING beliung  melanda negeri Kedah untuk kali keempat dalam tempoh dua bulan.
PUTING beliung melanda negeri Kedah untuk kali keempat dalam tempoh dua bulan.
Oleh Zuliaty Zulkifli


Alor Setar: Lebih 20 rumah penduduk di Kampung Sungai Nonang, Simpang Empat, di sini, rosak teruk dalam kejadian puting beliung hari ini.

Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, kebanyakan atap zink dan kayu rumah berterbangan akibat pusaran angin kuat.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamad Yunus Abu berkata, ini kejadian keempat membabitkan puting beliung dalam tempoh dua bulan di dua daerah di negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3 petang dan bergegas ke lokasi kejadian bersama tujuh anggota bomba dari balai Jalan Raja dan lima anggota dari balai Jalan Tun Razak serta 15 anggota JPAM Kota Setar.

"Kita dapati 20 rumah, empat premis rumah kedai dan sebuah kandang kambing rosak teruk dalam kejadian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 November 2014 @ 6:23 PM