Oleh Siraj Mohd Zaini


Kuala Lumpur :Polis masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa Filipina sama ada penemuan serpihan pesawat di Pulau Tawi-Tawi milik MH370.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya menjangkakan ia akan diketahui dalam tempoh dua hari lagi.

Katanya, polis hanya menerima laporan saja namun tiada gambar disertakan mengenai penemuan itu.

"Polis tidak dapat mengesahkannya lagi. Tapi kita dah minta rakan kita dari negara jiran untuk pergi ke lokasi bagi membuat pengesahan.

"Laporan itu hanya menceritakan mengenai penemuan bendera Malaysia, tiada gambar. Saya jangka dalam tempoh sehari dua lagi akan dapat jawapan sebab ia membabitkan isu besar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Oktober 2015 @ 6:02 PM