PULAU Sugbay, lokasi didakwa terdapat sebuah bangkai pesawat, diserahkan gambar berkenaan kepada pihak polis. STR/Hazsyah Abdul Rahman
PULAU Sugbay, lokasi didakwa terdapat sebuah bangkai pesawat, diserahkan gambar berkenaan kepada pihak polis. STR/Hazsyah Abdul Rahman

Manila: Pasukan keselamatan Filipina memaklumkan tidak menemui sebarang serpihan pesawat Malaysia Airlines MH370 di Pulau Sygbay, Tawi-Tawi seperti yang dilaporkan menerusi media baru-baru ini.

Komander Tentera Laut Task Force 61 Kapten Giovanni Carlo Bacordo berkata,pihaknya sudah melakukan pencarian di sekitar kawasan itu menggunakan bot tempur susulan laporan oleh seorang lelaki di lokasi itu.

"Kita juga sudah menemubual penduduk setempat serta nelayan namun mereka tidak mengetahui berhubung penemuan serpihan pesawat itu.

"Kebanyakan penduduk yang tinggal paling lama di pulau itu tidak mengetahui mengenainya. Ada diantara mereka yang terkejut sebaik dimaklumkan laporan penemuan serpihan pesawat itu," katanya.

Bagaimanapun, Bacordo berkata, pihaknya akan meneruskan carian di kawasan itu kerana ia membabitkan lokasi yang luas. -AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Oktober 2015 @ 5:21 PM