LADANG teh hijau di Pulau Jeju, Korea yang juga antara lokasi penanaman bahan semula jadi AMOREPACIFIC.
LADANG teh hijau di Pulau Jeju, Korea yang juga antara lokasi penanaman bahan semula jadi AMOREPACIFIC.
KAKITANGAN kumpulan menunjukkan kaedah penghasilan produk.
KAKITANGAN kumpulan menunjukkan kaedah penghasilan produk.
Oleh Siti Nadirah Hafidzin


Pastinya setiap individu mengimpikan untuk tampil cantik menawan walaupun tanpa menggunakan solekan tebal di wajah kerana kecantikan mampu memberikan keyakinan pada diri.

Bahan yang digunakan dalam penghasilan sesuatu produk kecantikan tidak kiralah produk penjagaan kulit mahupun solekan memainkan peranan penting pada kulit khususnya pada tempoh panjang.

Atas faktor itu, lokasi penanaman setiap bahan semula jadi yang digunakan pada produk kecantikan itu mampu mempengaruhi kebaikan hasil tanamannya.

Kesegaran dan kehijauan alam di Pulau Jeju menjadikan lokasi itu mampu menghasilkan bahan semula jadi yang baik sebelum ia digabungkan dengan teknologi dan penyelidikan mendalam untuk menghasilkan produk kecantikan.

Disebabkan itu, syarikat produk kecantikan terbesar di Korea Selatan, AMOREPACIFIC sentiasa menitikberatkan penggunaan bahan semula jadi dalam setiap 31 rangkaian produknya.

Berasaskan bahan semula jadi yang diilhamkan ­sejak 70 tahun lalu menjadikan rangkaian produk ini antara produk kecantikan terbaik bukan saja di serata Asia malah di seluruh dunia.

Hanya bermula daripada dapur kecil dan keazaman seorang ibu dibantu anak lelakinya dengan digabungkan penggunaaan bahan semula jadi, rangkaian AMOREPACIFIC amat bernilai dan luar biasa khusus dalam dunia kecantikan.

Penggunaan bahan semula jadi terbaik dari Pulau Jeju seperti ginseng, bunga kamelia, kacang soya, teh hijau dan rumpai laut, membuktikan AMOREPACIFIC hanya menggunakan bahan terbaik yang turut melalui penyelidikan mendalam mengenai setiap bahan digunakannya.

Tempoh 61 tahun penyelidikan terutama mengenai ginseng, teh hijau dan kacang menjadikan AMOREPACIFIC antara pengeluar produk kecantikan terbaik yang menepati kehendak serta cita rasa setiap individu tanpa mengira jantina, usia mahupun jenis kulit.

Menurut Naib Presiden Ekskutif Unit R & D Kumpulan AMOREPACIFIC Han Sang-hoon, selepas melalui penyelidikan dalam tempoh panjang, pihaknya mengumumkan empat produk utamanya yang dihasilkan menggunakan teknologi terkini berasaskan bahan semula jadi yang mampu menyerlahkan kecantikan diri.

“Produk pertama yang membanggakan ialah topeng muka tidur Laneige. Kajian mendapati jika sebelum ini, ramai pelanggan yang mengeluh kerana terpaksa memakai topeng, mencucinya sebelum dapat tidur dengan nyenyak.

“Situasi itu menyusahkan, membuatkan kami mencipta krim ini yang dilancarkan pada 2000 dan ia amat disukai sehingga kini kerana memudahkan iaitu dengan hanya menyapu krim ringan pada masa sama, memelihara kulit supaya sentiasa lembap ketika sedang tidur,” katanya ketika Majlis Persidangan Global sempena ulang tahun ke-70 AMOREPACIFIC di Seoul, Korea.

Menurutnya, produk kedua yang menjadi kebanggaan AMOREPACIFIC ialah Sulwhasoo Ginsenoside Bioconversion.

“Melalui penyelidian mendalam mengenai ginseng, kami berjaya menghasilkan jenama Sulwhasoo yang dihasilkan menggunakan bahan ginseng terbaik.

“Produk ketiga ialah Cushion Cell-Trap iaitu mekap kompak yang dihasilkan daripada busa urethane dan ia direka khusus serta selamat bagi mengawal dan mengekalkan cecair mekap yang terdiri daripada bedak asas, pelindung matahari dan formula penjagaan kulit,” katanya.

Manakala produk lain termasuk HERA, IOPE (pati daripada pembentukan bahan aktif) yang mana pada 1977 pihaknya menetapkan dan melancarkan produk itu yang dikategorikan sebagai produk yang menyerlahkan kecantikan.

“Ia dianggap langkah pertama yang perlu diambil setiap wanita dalam mempertingkatkan tahap kecantikan kulit wajah menggunakan produk ini.

“Selain empat rangkaian terbaik ini, kami turut mempunyai pelbagai produk kecantikan yang mempunyai keistimewaan tersendiri dan pastinya lain daripada lain,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Oktober 2015 @ 5:02 AM