PAMERAN istimewa di Pavilion, baru-baru ini bagi meraikan sejarah panjang ginseng dan Sulwhasoo.
PAMERAN istimewa di Pavilion, baru-baru ini bagi meraikan sejarah panjang ginseng dan Sulwhasoo.
SUH Sung-Whan guna pakai ilmu perubatan herba tradisional Korea Selatan untuk produk kecantikan moden.
SUH Sung-Whan guna pakai ilmu perubatan herba tradisional Korea Selatan untuk produk kecantikan moden.
ANTARA rangkaian penjagaan wajah Sulwhasoo terawal yang diperkenalkan berdekad lalu.
ANTARA rangkaian penjagaan wajah Sulwhasoo terawal yang diperkenalkan berdekad lalu.
GINSENG bukan saja boleh dimakan tapi khasiatnya yang pelbagai sesuai untuk rawatan seluruh tubuh.
GINSENG bukan saja boleh dimakan tapi khasiatnya yang pelbagai sesuai untuk rawatan seluruh tubuh.
Nor Faizah Mohamed


Ginseng. Boleh dimakan, diminum, dibuat ubat, malah tangkal. Ginseng juga pernah menjadi tanda aras kepada kedudukan sesebuah keluarga bangsawan khususnya di China, Jepun dan beberapa wilayah Korea.

Namun ginseng secara asasnya menjadi keperluan masyarakat zaman dulu hingga kini dalam proses rawatan tubuh dan minda secara semula jadi.

Sejak dulu juga ginseng dikenal pasti dapat mengeluarkan toksin dalam tubuh lalu membantu menghaluskan kulit.

Malah, wanita bangsawan pada zaman Dinasti Joseon di era purba Korea diwajibkan berendam dalam mandian ginseng bagi mendapatkan kulit yang lebih cerah dan bebas cela sebelum hari perkahwinan mereka.

Ginseng juga yang menjadi nadi kepada kewujudan jenama Sulwhasoo sejak 50 tahun lalu apabila pengasasnya, Suh Sung-Whan mengguna pakai ilmu perubatan herba tradisional Korea Selatan untuk produk kecantikan moden.

Semua produk dan perkhidmatan rawatan dihasilkan berdasarkan pengetahuan purba sangseng (harmoni terbaik), dengan kepercayaan bahawa semua benda yang wujud berkait antara satu sama lain serta tenaga optimum berupaya dicapai apabila semua objek ini wujud dengan harmoni dan seimbang.

Sulwhasoo tanpa jemu meneroka khasiat ginseng untuk kecantikan lalu membawanya kepada teknologi serta kajian berterusan sebelum disertakan dalam majoriti rangkaian produknya.

Fomulasi penambahbaikan kulit muka Sulwhasoo pula dikenali sebagai jaeumdan iaitu fomulasi unik dan asli yang menambah tenaga serta mengekalkan kulit supaya halus dan cantik.

Diaplikasikan dalam semua produk Sulwhasoo, ia diperoleh daripada lima jenis tumbuhan herba ubatan Korea berdasarkan falsafah sangseng.

Bagi meraikan kegemilangan ginseng dan Sulwhasoo ini, Amorepacific Malaysia membawakan pameran istimewa yang mengetengahkan sejarah panjang antara kedua-duanya.

Tidak ketinggalan rangkaian produk Concentrated Ginseng menjadi tumpuan ketika pameran itu kerana ia mencatat antara jualan tertinggi di Korea Selatan, selain First Care Activating Serum EX.

Concentrated Ginseng dihasilkan untuk membantu meningkatkan lagi metabolisme tubuh sambil disertakan tenaga hangat yang memberi efek antipenuaan. Ia turut membantu meningkatkan tahap imunisasi kulit.

“Dalam perubatan tradisi Korea, ginseng dikelaskan sebagai herba teragung yang boleh dimakan dan disimpan lama. Ia juga menjadi bahan utama dalam semua formula preskriptif.

“Misalnya ginseng saponin menggalakkan pertumbuhan sel baru. Ginseng panagin pula membantu melembap, melembut dan menghindarkan kekeringan pada kulit.

“Justeru sewajarnya ginseng dan Sulwhasoo diraikan penuh meriah di sini, sama seperti di Korea Selatan, sebagai simbolik kepada hubungan yang panjang selama 50 tahun,” kata Pengurus Besar Amorepacific Malaysia, Margaret Chin.

Selain sangseng dan jaeumdan, Sulwhasoo juga menggunakan kaedah terbaik untuk menyarinya mengikut pengetahuan dikenali sebagai kaedah poje.

Sulwhasoo menggunakan pelbagai cara pemprosesan seperti membakar, mengewap, mengawet atau memeram bahan utama berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Oktober 2016 @ 1:06 PM