Lewandowski bersaing dengan pertahanan Dinamo Zagreb Jeremy Taravel pada perlawanan di Munich. - Pix Reuters
Lewandowski bersaing dengan pertahanan Dinamo Zagreb Jeremy Taravel pada perlawanan di Munich. - Pix Reuters

Munich: Jaringan fenomena Robert Lewandowski berterusan apabila meledak hatrik membantu Bayern Munich membaham Dinamo Zagreb 5-0 pada perlawanan Liga Juara Juara awal pagi tadi.

Kekalahan menamatkan rekod 45 perlawanan tanpa kalah kelab Croatia itu.

Tiga jaringan Lewandowski dan dua gol menerusi Mario Goetze dan Douglas Costa melonjak Bayern ke tangga teratas Kumpulan F berikutan kemenangan 3-0 di Olympiakos, dua minggu lalu.

Bayern akan bertandang ke Arsenal dalam tempoh tiga minggu lagi.

"Kami fokus bermain sejak awal dan apabila mendapat peluang gol perlawanan berakhir selepas 30 minit," kata kapten Bayern Philipp Lahm.

Peledak Poland itu menyumbat 10 gol pada tiga perlawanan terakhir selepas lima jaringan dalam tempoh sembilan minit memastikan kemenangan bergaya Bayern 5-1 ke atas Wolfsburg minggu lalu dan dua gol sewaktu menang 3-0 di Mainz Sabtu lalu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 1:28 PM