Oleh Afiq Hanif


Besar dan padat. Itulah gambaran phablet terbaru diperkenalkan Lenovo, Phab Plus yang mempunyai saiz 6.8 inci jenis IPS HD penuh, namun direka senipis 7.6mm saja.

Phablet yang dijual pada harga RM1,199 itu kini boleh ditempah sehingga 27 September sebelum dihantar kepada pengguna dengan beberapa faedah termasuk pindah turun 100 lagu percuma, langganan e-majalah dan baucar pembelian barangan Superdry.

Lenovo Phab Plus mempunyai kuasa pemprosesan Qualcomm Snapdragon 615 octa core berkelajuan 1.5GHz dengan RAM sebanyak 2GB jenis LPDDR3.

Ia mempunyai setoran dalaman berkapasitia 32GB dengan slot kad memori mikroSD selain kamera beresolusi 13MP di belakang dan 5MP di depan.

Phab Plus mempunyai bateri berkapasiti 3,500mAh.

INFO:

LENOVO PHAB PLUS

Harga: RM1,199

Skrin: 6.8 inci (1080 x 1920), 324ppi

Kamera: 13MP, 5MP (depan)

RAM: 2GB

Dimensi: 186.6 x 96.6 x 7.6mm

Berat: 229g

OS: Android 5.0 Lollipop

Pemprosesan: Quad core 1.5GHz Cortex A53 & quad core 1.0GHz Cortex A53

Memori: 32GB, slot kad mikroSD

Slot kad SIM: 2 Bateri 3500mAh

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2015 @ 5:02 AM