Phab Plus
Phab Plus
Oleh Afiq Hanif


Kuala Lumpur: Lenovo Malaysia memperkenalkan phablet Phab Plus yang mempunyai saiz 6.8 inci jenis IPS HD penuh, namun direka senipis 7.6mm saja.

Phablet yang dijual pada harga RM1,199 terbabit kini boleh ditempah sehingga 27 September sebelum dihantar kepada kepada pengguna dengan beberapa faedah termasuk pindah turun 100 lagu percuma, langganan e-majalah dan baucar pembelian barangan Superdry.

Lenovo Phab Plus mempunyai kuasa pemprosesan Qualcomm Snapdragon 615 octa core berkelajuan 1.5GHz dengan RAM sebanyak 2GB jenis LPDDR3.

Ia mempunyai setoran dalaman berkapasiti 32GB dengan slot kad memori mikroSD selain kamera beresolusi 13MP di belakang dan 5MP di depan.

Phab Plus mempunyai bateri berkapasiti 3,500mAh.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 September 2015 @ 3:51 PM