Afiq Hanif

Neffos memperkenalkan dua telefon pintar terbaru, X1 dan X1 Max masing-masing bersaiz 5.0 inci dan 5.5 inci dengan pemprosesan MediaTek Helio P10 menjadikan operasi telefon lebih pantas serta menjimatkan bateri.

Kedua-duanya membolehkan anda menggunakan telefon untuk pelbagai keperluan seperti bekerja, bermain game, melayari laman web dan bersosial.

X1 Max menggunakan teknologi pengecas pantas dengan 30 minit untuk cas sebanyak 50 peratus.

Bagi X1, ia mempunyai pilihan RAM 2GB atau 3GB manakala X1 Max 3GB atau 4GB.

Sementara itu bagi bateri pula, X1 mempunyai bateri berkapasiti 2250mAh manakala X1 Max pula berkapasiti 3000mAh.

Neffos X1 berharga RM769 untuk RAM 2GB dan storan 16GB manakala versi RAM 3GB serta storan 32GB pula berharga RM849.

X1 Max berharga RM999 bagi RAM 3GB dan storan 32GB manakala versi RAM 4GB serta storan 64GB pula berharga RM1,199.

INFO

NEFFOS X1

• HARGA: RM769 (RAM 2GB, ROM 16GB), RM849 (RAM 3GB, ROM 32GB)

• RAM: 2GB/3GB

• STORAN: 16GB/32GB, slot microSD

• KAMERA: 13MP, 5MP (depan)

• KENIPISAN: 7.95mm

• CPU: Helio P10 octa core, MT6755M 4*Cortex-A53 1.8GHz + 4*Cortex-A53 1.0GHz

• BATERI: 2250mAh

• WARNA: Kelabu/emas

NEFFOS X1 MAX

• HARGA: RM999 (RAM 3GB, ROM 32GB), RM1,199 (RAM 4GB, ROM 64GB)

• RAM: 3GB/4GB

• STORAN: 32GB/64GB

• KAMERA: 13MP, 5MP (depan)

• KENIPISAN: 7.75mm

• CPU: Helio P10 octa core

• BATERI: 3000mAh

• WARNA: Kelabu/emas

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 January 2017 @ 1:50 PM