Agensi

Bangkok: Sebanyak 81 peratus pelajar Thailand mengaku menipu dalam peperiksaan, manakala 63 peratus pula selamba bersekongkol untuk menanda kehadiran rakan masing-masing yang ponteng.

Lebih memeranjatkan, penipuan itu dilakukan tanpa menganggapnya sebagai kesalahan serius.

Kajian terbaru dijalankan Yayasan Khon Thai itu menunjukkan, 25 peratus pelajar mengaku tidak berasa bersalah merasuah pegawai ujian memandu untuk memastikan mereka mendapat lesen kenderaan.

Kajian itu dibuat untuk firma pemasaran GfK Thailand.

Menerusi tinjauan itu, 4,000 pelajar berusia antara 15 hingga 24 tahun di 21 wilayah dikaji selama lima tahun hingga Februari lalu.

Pemantauan dan kaji selidik dibuat untuk memahami gaya hidup, sikap, tingkah laku dan keperluan mereka.

Keputusan kajian itu akan diumumkan secara rasmi di sebuah hotel di Bangkok pada 20 November ini.

Berdasarkan jawapan diberi, keluarga, rakan dan guru memberi pengaruh utama kepada nilai diyakini responden.

Sebanyak 78 peratus daripada 90 peratus responden pula mengakui mereka tertekan kerana pembelajaran.

Kira-kira 99 peratus daripada generasi muda terbabit mentafsirkan kejayaan sebagai “mendapat pendidikan baik dan memperoleh pekerjaan bergaji lumayan.”

Selain itu, media sosial juga memberi kesan besar ke atas sikap pelajar apabila mereka menghabiskan masa sehingga empat jam sehari berborak dengan rakan, memperoleh khabar atau bermain.

Masa yang dihabiskan itu sedikit lebih berbanding tempoh pembelajaran di sekolah.

Kecenderungan itu juga, kata penganalisis, menyebabkan pelajar Thailand Akibatnya, komunikasi secara langsung merosot ketara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 5:07 AM