KEADAAN jerebu di sekitar Johor Bahru sejak pagi tadi menjejaskan pandangan dan merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat. Gambar ini di rakam pada 9.30 pagi. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin

Oleh Rizanizam Abdul Hamid

Kuala Lumpur: Lima kawasan di Johor dan Sarawak mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat akibat jerebu, pagi tadi.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar setakat 10 pagi tadi, IPU dua kawasan di Johor iaitu Larkin Lama dan Pasir Gudang masing-masing mencatat bacaan 112 dan 126.

Turut melebihi bacaan 100 yang menandakan IPU tidak sihat di Sarawak ialah Samarahan (177), Sri Aman (167) dan Kuching (164).

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Bacaan IPU semasa boleh didapati di http://apims.doe.gov.my.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 September 2015 @ 12:12 PM