MURId meninggalkan pekarangan sekolah selepas sekolah diarah tutup berikutan bacaan IPU direkodkan pada tahap sangat tidak sihat di Kuching. FOTO Nadim Bokhari
MURId meninggalkan pekarangan sekolah selepas sekolah diarah tutup berikutan bacaan IPU direkodkan pada tahap sangat tidak sihat di Kuching. FOTO Nadim Bokhari
Oleh Abd Rahman Adam


Kuching: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak sudah mengarahkan 465 sekolah di tujuh daerah di negeri ini supaya tutup berikutan bacaan Indeks Pemcemaran Udara (IPU) mencecah lebih 200 iaitu tahap sangat tidak sihat, pagi tadi.

Berikutan itu, 184,808 pelajar di Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Samarahan, Serian dan Simunjan dengan 104,525 murid dibenarkan balik pada 9 pagi tadi.

Sehingga jam 11 pagi tadi bacaan IPU di Samarahan mencatat paras paling tinggi iaitu 210 manakala Kuching (208).

IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas berbahaya.

Bacaan IPU semasa boleh didapati menerusi laman Web Jabatan Alam Sekitar di http://apims.doe.gov.my.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2015 @ 12:53 PM