Nazmi (jersi no 10) terlepas beraksi tiga perlawanan Kumpulan C bersama Selangor dalam Piala Malaysia.
Nazmi (jersi no 10) terlepas beraksi tiga perlawanan Kumpulan C bersama Selangor dalam Piala Malaysia.
Oleh Azlan Muhammad Zain


Kelana Jaya: Pemain tengah Selangor Mohd Nazmi Faiz Mansor digantung tiga perlawanan selepas didapati bersalah melakukan kesalahan ketika menentang Kelantan pada 19 Ogos lalu.

Dia didakwa meludah penyerang import Kelantan Erwin Carillo pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam itu.

Keputusan berkenaan diputuskan Jawatankuasa Tatatertib FAM sebentar tadi.

Ini bermakna Nazmi Faiz Mansor terlepas tiga perlawanan awal Kumpulan C Piala Malaysia bersama Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2015 @ 5:24 PM