Oleh Khairul Najib Asarulah Khan

Seremban : Seorang ahli perniagaan menempuh detik mencemaskan apabila kereta BMW yang dipandunya terbakar secara tiba-tiba di Kilometer 270 Lebuhraya PLUS, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 pagi itu, mangsa, Hanif Harun, 38, dari Kajang, Selangor dalam perjalanan ke Seremban.

Akibat kejadian, mangsa terus memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan dan menghubungi pihak PLUS untuk bantuan sebelum pihak bomba tiba pada jam 10.59 pagi.

Api berjaya dikawal oleh tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, namun kereta mangsa musnah 90 peratus.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berseorangan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Oktober 2014 @ 2:05 PM