Raja Noraina Raja Rahim


Seremban: Tindakan pantas lelaki memberhentikan kenderaannya sebaik enjin berasap menyelamatkannya daripada kemalangan.

Kejadian di Kilometer 273.8 lebuh raya PLUS, arah selatan, berhampiran susur Bandar Ainsdale, kira-kira 1 tengah hari.

Difahamkan, lelaki berusia 30-an terbabit dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Seremban.

Dia dikatakan terpandang asap keluar dari bahagian enjin lalu berhenti di lorong kecemasan sebelum kenderaannya itu terbakar.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya memerlukan kira-kira 10 minit untuk memadamkan kebakaran yang memusnahkan keseluruhan kenderaan itu.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan kesesakan trafik hampir dua kilometer.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 January 2017 @ 1:48 AM