Oleh Dr Ismail Thamby

Saya berusia lewat 20-an dan mendirikan rumah tangga dua tahun lalu namun belum dikurniakan zuriat.

Untuk pengetahuan doktor, sepanjang usia perkahwinan kami, saya belum dapat melakukan penetrasi bagi menembusi faraj isteri.

Ini ditambah dengan keadaan alat sulitnya yang kecil menyebabkan dia rasa sakit apabila bersama. Saya pernah menggunakan gel pelincir tetapi ia menyebabkan pancutan pramatang.

Selain itu, alat kelmin saya sensitif kerana mudah terjadi pancutan pramatang. Bagaimana saya boleh mengatasi masalah ini?

JERRY

Mersing, Johor

Anda sudah menjelaskan sebab anda dan pasangan belum mendapat zuriat kerana gagal melakukan penembusan melainkan hanya dapat mencapai ejakulasi di luar pintu faraj.

Air mani anda tidak masuk ke dalam faraj isteri dan sememangnya tidak akan berjaya menimang cahaya mata.

Memang pembukaan faraj wanita sempit kerana ada cebisan tisu mengelilingnya yang dikenali sebagai selaput dara.

Namun cebisan tisu itu akan terkoyak apabila zakar dapat melepasi masuk. Memang isteri akan terasa sakit atau pedih seperti kulit terluka, tapi itu sementara saja. Sesudah itu, pembukaan faraj lebih senang meluas apabila isteri melegakannya.

Semua wanita akan rasa begitu pada kali pertama melakukan penembusan. Jika wanita tidak rasa takut dan dapat melegakan pembukaan faraj dengan melegakan kemutan dan mengunakan jeli pelincir, mudah untuk lelaki melakukan penetrasi dan kurang rasa sakit jika tidak mengemut ketika tusukan dilakukan.

Sebilangan wanita tidak dapat mengawal pembukaan faraj. Mereka tidak tahu cara melegakan pembukaan faraj, sebaliknya mengemut dengan kuat ketika tusukan dilakukan.

Ini menyebabkan mereka terasa sakit yang teramat seperti dialami isteri anda. Cara terbaik ialah membawa isteri anda berjumpa doktor sakit puan bagi melakukan pemeriksaan anggota kelamin dan melegakan pembukaan farajnya supaya mudah melakukan tusukan.

Doktor boleh melegakan pembukaan faraj menggunakan 'dilator' atau alat pelega yang sesuai atau memotong bahagian selaput dara yang sempit untuk menyenangkan pembukaan faraj.

Memang penghujung zakar sangat sensitif, ngilu dan mudah terpancut apabila bahagian itu disondol pada anggota kelamin wanita yang lembut.

Kebetulan anda tak dapat melakukan penembusan, jadi zakar anda tersondol berkali-kali di pintu faraj. Keadaan ini memang menyebabkan anda mudah terpancut.

Saya pasti apabila anda dapat melakukan tusukan, bahagian hujung zakar tidak lagi tersepit dan akan berdayung dengan lebih terkawal lagi.

Itu anda akan tahu apabila dapat melakukan seks penetratif dengan pasangan. Jadi, anda perlu selesaikan masalah isteri anda dulu.

Jika ada masalah cepat klimaks selepas masalah penembusan diatasi, baru berjumpa doktor untuk rawatan cepat klimaks jika perkara itu berlaku kepada anda.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 November 2014 @ 5:00 AM