Riyadh: Seorang lelaki berusia 70 tahun cuba merogol seorang gadis di rumahnya selepas mendakwa dia dirasuk syaitan dan boleh membebaskannya daripada rasukan itu sekiranya mangsa tidur dengannya.

Gadis berkenaan melawat lelaki itu di rumahnya di Makkah selepas diberitahu dia mampu mengubat orang yang dirasuk atau menghadapi masalah mental.

“Dia cuba memujuk gadis itu dengan berkata mangsa dirasuk dan boleh diubati dengan hanya tidur dengannya.

“Tetapi gadis itu cukup bijak. Dia menolaknya dan meluru keluar dari rumah itu sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa. Lelaki itu kini dalam tahanan polis,” lapor akhbar Sabq. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 November 2014 @ 5:05 AM