BURUH direman seminggu bagi membantu siasatan kes merogol pelajar Tingkatan Empat di Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu, hari ini. FOTO Hanneeyzah Bariah Baharin
BURUH direman seminggu bagi membantu siasatan kes merogol pelajar Tingkatan Empat di Mahkamah Majistret/Sesyen Kuala Terengganu, hari ini. FOTO Hanneeyzah Bariah Baharin
Hanneeyzah Bariah Baharin


BURUH yang disyaki merogol pelajar Tingkatan Empat, direman tujuh hari sehingga Sabtu ini, untuk membantu siasatan kes.

Suspek berusia 54 tahun itu ditahan 10.40 malam semalam di rumah di Jalan Hiliran, di Kuala Terengganu, selepas mangsa berusia 16 tahun membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini, semalam.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Sumber berkata, mangsa yang juga anak jiran suspek mendakwa sudah beberapa kali dirogol lelaki itu, namun tidak pernah menceritakan kepada sesiapa kerana takut selepas diugut oleh suspek.

Bagaimanapun, kerana tidak tahan terus menjadi mangsa pemuas nafsu suspek, gadis berkenaan nekad memberitahu keluarganya pada Sabtu lalu.

“Mangsa mendakwa suspek akan ke rumahnya selepas mengetahui tiada orang di rumahnya dan memaksa mangsa melakukan seks dengannya.

“Gadis itu turut mendakwa suspek akan marah dan mengamuk apabila permintaannya untuk melakukan seks ditolak mangsa.

“Lebih teruk lagi suspek dikatakan merakam gambar mangsa yang tidak berpakaian selepas dirogolnya, selain memberikan sejumlah wang sambil mengugut supaya tidak memberitahu kejadian kepada sesiapa,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mac 2019 @ 4:53 PM