Oleh Ramli Ibrahim


Gua Musang: Tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang dipercayai hilang dalam hutan dekat Pos Tohoi sejak empat hari lalu.

Difahamkan mereka yang tinggal di asrama sekolah berkenaan tidak pulang kerana bimbang dimarahi guru selepas mandi sungai tanpa kebenaran.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, ibu bapa murid berkenaan sudah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pihak sekolah, semalam.

Katanya, gerakan mencari mangsa sedang giat dilakukan dengan bantuan penduduk kampung dan setakat ini masih belum menemui sebarang petunjuk.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Ogos 2015 @ 3:56 PM