Saiful Bahri sahkan penemuan rangka dipercayai kanak-kanak. FOTO Ramli Ibrahim
Saiful Bahri sahkan penemuan rangka dipercayai kanak-kanak. FOTO Ramli Ibrahim
Oleh Maiamalina Mohamed Amin


Gua Musang: Rangka dipercayai kanak-kanak ditemui di tebing Sungai Perias dekat Pos Tohoi, di sini, petang tadi.

Ia ditemui petugas operasi mencari dan menyelamat (SAR) beberapa meter dari lokasi penemuan mayat kanak-kanak perempuan, 7 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Saiful Bahri Abdullah mengesahkan penemuan itu namun tidak mengulas lanjut.

Rangka berkenaan akan dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) dan dijangka tiba 8.30 malam.

Semalam, mayat kanak-kanak perempuan lingkungan usia 7 hingga 9 tahun ditemui dalam sungai dan tersangkut pada ranting kayu, kira-kira 500 meter dari pusat operasi SAR di Pos Tohoi.

Mayat itu disahkan sebagai Sasa Sobrie, 8, oleh bapanya Sobrie Latif, 25, ketika proses pengecaman di HGM tengah hari tadi.

Sasa adalah seorang daripada tujuh murid Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Oktober 2015 @ 7:15 PM