FOTO Mohd Khidir Zakaria
FOTO Mohd Khidir Zakaria
Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Gemas: Dua bersaudara maut apabila pacuan empat roda dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 0.5 Jalan Gemas-Tampin, di sini, tengah hari tadi.

Kejadian kira-kira 12 tengah hari itu mengakibatkan, Tan Uiong, 82, dan cucunya Tan Ji Zeng, 20, mengalami kecederaan parah di kepala dan badan akibat tersepit di tempat duduk masing-masing.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pacuan empat roda dipandu Tan Ji Zeng dari arah Tampin ke Gemas terbabas dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lori 10/tan tanpa muatan.

"Kedua-dua mangsa tersepit dan dikeluarkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tampin untuk bedah siasat dan siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Ogos 2015 @ 6:36 PM