KUMPULAN GRO Vietnam yang ditahan didapati masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.
KUMPULAN GRO Vietnam yang ditahan didapati masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.
Oleh Mohd Mohd Hasbi Sidek

Klang: Seramai lapan wanita warga Vietnam yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam Ops Noda yang dijalankan oleh polis di sebuah pusat hiburan di Taman Desawan, di sini, lewat malam tadi.

Serbuan kira-kira jam 11.30 itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan selepas intipan selama beberapa hari.

Semua GRO warga Vietnam berusia dari 21 hingga 43 tahun itu didapati masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

Turut ditahan seorang lelaki warga tempatan berusia 30-an yang menjadi penjaga premis hiburan berkenaan.

Semua GRO yang ditahan di bawa ke IPD Klang Selatan untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 3:11 PM