ANTARA pelayan pelanggan (GRO) yang ditahan dalam serbuan tengah malam tadi.
ANTARA pelayan pelanggan (GRO) yang ditahan dalam serbuan tengah malam tadi.
Oleh Nur Saliawati Salberi


Klang: Dua puluh pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam satu serbuan di sebuah hotel di daerah ini, tengah malam tadi.

Serbuan yang dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara kira-kira 12.30 tengah malam itu, dibuat ekoran aduan orang awam yang curiga dengan ramai wanita warga asing di premis berkenaan.

Jurucakap polis berkata, premis yang terletak di tingkat tujuh hotel berkenaan bukan sahaja dijadikan spa malah dipercayai turut menyediakan perkhidmatan seks.

"Ketika serbuan dijalankan, empat orang pelanggan warga Nepal berada di dalam premis itu dan turut ditahan seorang penjaga premis warga tempatan.

"Semua GRO yang ditahan berusia antara 20 hingga 30-an dan mereka kemudiannya dibawa ke IPD Klang Utara untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Disember 2014 @ 10:49 AM