ANTARA GRO yang ditahan malam tadi.
ANTARA GRO yang ditahan malam tadi.
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Klang: Dua puluh pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan polis dalam serbuan di kelab hiburan di Bandar Baru Klang, malam tadi.

Serbuan kira-kira 11 malam itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman selepas menjalankan risikan kira-kira seminggu yang lalu.

Jurucakap polis berkata, pemeriksaan lanjut mendapati dua daripada GRO yang ditahan tidak mempunyai pasport manakala bakinya dikesan menyalahgunakan pas lawatan sosial dan semua mereka berusia antara 18 hingga 28 tahun.

Beliau berkata, GRO yang bertugas di kelab hiburan yang sudah beroperasi sejak dua tahun lalu itu turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

Semua yang ditahan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara untuk siasatan yang dijalankan mengikut Akta Imigresen.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 January 2015 @ 1:07 PM