PEKERJA penyelenggaraan lif maut selepas tersepit ketika mangsa melakukan kerja menaik taraf lif di tapak pembinaan di Jalan Ampang, semalam.
PEKERJA penyelenggaraan lif maut selepas tersepit ketika mangsa melakukan kerja menaik taraf lif di tapak pembinaan di Jalan Ampang, semalam.
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Seorang pekerja penyelenggara lif maut selepas tersepit ketika melakukan kerja menaik taraf lif di sebuah tapak pembinaan di Jalan Ampang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.50 pagi, mangsa, Brandon Walsh Daken, 20, dikatakan sedang meletak minyak pelincir pada lif berkenaan di aras tiga sebelum sebuah lagi lif turun dari aras atas dan menghimpit mangsa.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, ekoran kejadian itu, mangsa maut di tempat kejadian akibat mengalami cedera parah di badan.

Beliau berkata, siasatan awal pihaknya mendapati berlakunya perlanggaran prosedur operasi keselamatan di kawasan tapak pembinaan itu yang menyebabkan mangsa maut tersepit.

“Setiap blok bangunan itu ada dua lif dan sepatutnya apabila satu lif diselenggara, sebuah lagi lif perlu dimatikan operasinya dan kami (bomba) mendapati semasa kejadian, satu lagi lif tidak ditutup.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Ogos 2015 @ 7:53 AM