ANGGOTA  bomba mengeluarkan mangsa tersepit. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa tersepit. FOTO ihsan Bomba
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Pekan: Dua maut dalam kemalangan membabitkan kereta dan treler di Lebuhraya Tun Razak berhampiran Petronas simpang Chini, di sini, 5.25 pagi tadi.

Difahamkan kemalangan dipercayai berlaku apabila dua kenderaan itu bertembung sebelum wanita berusia 22 tahun dan lelaki berusia 20 tahun maut di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, pihaknya terpaksa memotong beberapa bahagian kenderaan bagi mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan khas.

"Bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan dua mangsa tersepit. Punca sebenar kemalangan masih disiasat pihak polis," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Oktober 2016 @ 12:58 PM