Mayat mangsa dibawa dengan kenderaan polis ke hospital. FOTO Norizuan Shamsuddin
Mayat mangsa dibawa dengan kenderaan polis ke hospital. FOTO Norizuan Shamsuddin
Norizuan Shamsuddin

Kuala Lumpur: Lelaki berusia 44 tahun maut selepas terjatuh di ruang lif dari tingkat sembilan Pangsapuri Awansari, Taman Yarl, di sini, 3.15 petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan awam memaklumkan kejadian pada 3.37 petang.

Katanya, empat pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil bersama satu jentera ke tempat kejadian.

"Difahamkan mangsa adalah pekerja penyelenggara lif. Ketika kejadian mangsa sedang membaiki lif di tingkat sembilan.

"Mangsa dipercayai tergilincir dan terjatuh di aras bawah bangunan 14 tingkat terbabit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala serta badan.

"Kes diserahkan kepada polis dan mayat di hantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Ogos 2016 @ 7:30 PM