MOHD Azhar (berdiri enam dari kanan) bersama atlet memanah Terengganu.
MOHD Azhar (berdiri enam dari kanan) bersama atlet memanah Terengganu.
Oleh Abu Bakar Sidek

Teluk lntan: Skuad Terengganu yang diperkuat 29 pemanah lelaki dan perempuan muncul juara keseluruhan Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM)2015 dengan meraih 9 pingat emas (E), 5 perak (P) dan 5 gangsa (G) dengan jumlah 312 mata.

Naib juara jatuh kepada Kedah (8 E, 2 P 1 G) dengan 298 mata manakala Pulau Pinang ketiga ( 4P dan 5G) 268 mata.

Kejohanan yang berlangsung di Sekolah Menengah Sains Teluk lntan (SEMESTI) itu disertai 592 peserta dan pegawai sukan dari 16 pasukan seluruh negara.

Pemanah Terengganu menyapu bersih kategori bawah umur 15 tahun (perempuan) dan 18 tahun lelaki .

Nur Amalia Amalia Haneesha Mazelan mudah mengungguli B-15 perempuan dalam ketegori Olimpik individu. Manakala Athirah Awani Mat Yatya muncul juara B-18 perempuan mengutip 302 mata mengalahkan pemanah Pulau Pinang (286 mata) dan Kelantan (286 mata).

Kemenangan gandingan Athirah dan Muhd Zharif Syahir Dzulkepeli dalam saingan B-18 membawa kejayaan cemerlang Terengganu yang muncul juara keseuruhan kejohanan memanah MSSM tahun ini.

Pegawai Teknikal Sukan MSS Terengganu Mohd Fadzir Md Nor berkata latihan intensif membawa kejayaan cemerlang pasukan memanah dari Pantai Timur itu.

“Kejayaan ini memberi suntikan semangat kepada pasukan pelapis untuk mempertahankan kejuaraan tahun depan”katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Julai 2015 @ 7:53 AM