SEBAHAGIAN  daripada 63 pemanah bergambar selepas tamat kejohanan.
SEBAHAGIAN daripada 63 pemanah bergambar selepas tamat kejohanan.

Georgetown: Pemanah Daerah Timur-Laut (DTL), Muhd Amier Irfan muncul juara kategori 12 tahun lelaki Olimpik individu kejohanan memanah peringkat negeri Pulau Pinang di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Residensi, di sini, baru-baru ini.

Muhd Amier, 12, mengumpul 621 mata yang membolehkannya merangkul trofi kejohanan, hadiah iringan dan sijil penyertaan menewaskan rakan sepasukan, Ryan Lee yang sekadar mengumpul 555 mata untuk menduduki tempat kedua, sekali gus menerima trofi, hadiah iringan dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga menjadi milik Muhammad Syirazi Syimir Fauzan mewakili daerah Seberang Perai Utara (SPU) selepas berjaya mengumpul 546 mata dan menerima trofi, hadiah iringan dan sijil penyertaan.

Bagi kategori perempuan pula, pemanah daerah Seberang Perai Selatan (SPS), C Thivapriya, 12, muncul juara sekali gus menerima trofi, hadiah iringan dan sijil penyertaan.

Naib johan disandang pemanah Daerah Barat Daya (DBD), Siti Nur Jannah Ali, 12, manakala pemanah SPS, Wan Nur Jazlina Wan Mohamad Faiz tempat ketiga.

Kategori berpasukan lelaki B-12 menyaksikan DTL dinobat juara selepas berjaya mengumpul 1,711 mata keseluruhan pada aksi final apabila mengetepikan saingan terdekat SPU.

Kejohanan itu menghimpunkan 63 pemanah mewakili lima daerah DTL, DBD, SPU, SPS dan Seberang Perai Tengah (SPT) dianjurkan Pusat Latihan daerah Timur Laut, Atlet Pelapis Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Pemanah Pulau Pinang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 November 2016 @ 11:28 AM