Zafri Hadif - dia bukan lelaki yang mudah untuk mencintai seseorang. Namun, hatinya seperti jatuh cinta dalam pertemuan yang berlangsung tidak sampai 10 minit, perbualan sebentar dan bukan dalam suasana romantik.

Namun, hanya berbekalkan satu senyuman, hati lelakinya sudah terusik. Bermodalkan lesung pipit di pipi sudah membuatkan dia menjadi angau.

Chempaka Arisha dia bukan seperti perempuan lain yang ditakdirkan bertuah dalam soal cinta. Bukanlah sengaja dia hendak menjual mahal dan menolak begitu saja cinta Zafri, tetapi dia sudah tidak mampu untuk berada di alam percintaan lagi.

Dunia cinta sudah berakhir untuknya. Namun, apabila berdepan dengan Zafri, perasaan jatuh cinta itu seakan-akan timbul. Anggapannya, cinta Zafri dan Arisha hanya akan jadi sebuah cerita duka serta sengsara.

Dia tidak sanggup menjadi punca lelaki itu menderita dan merana. Kisah cinta Zafri Hadif dan Chempaka Arisha bukanlah seindah dan semanis coklat yang mengasyikkan.

Ada gembira dan sengsara, namun pasti ada bahagianya. Mereka adalah dua insan yang pernah jatuh cinta, bercinta, putus cinta dan kini akan memastikan hubungannya menjadi lebih menakjubkan.

Tajuk: Bukan Cinta Marvelicious

Penulis: Wannie Nordin

Penerbit: Fajar Pakeer

Harga: RM25

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Jun 2015 @ 12:08 PM