David Riley
David Riley
AFP

Los Angeles: Davis Riley membuat enam birdie dalam pusingan enam bawah par 64 untuk mendahului dua pukulan dalam Kejohanan Charles Schwab Cabaran Jelajah PGA AS di Colonial Country Club di Fort Worth, Texas.

Pemain berusia 27 tahun yang menduduki tempat ke-250 dalam dunia itu berada pada bawah 10 dan memimpin tetapi menghadapi 'putt' par di lubang terakhirnya ketika permainan dihentikan selama lebih dari satu jam kerana ribut petir di kawasan itu.

Untungnya, ia adalah 'putt' tiga-kaki lurus naik bukit, jadi tidak terlalu banyak yang perlu dirisaukan," kata Riley.

"Saya menekan sekitar lima 'putt' tiga-kaki sebelum berjalan ke sana untuk mengakhiri pusingan dan berjaya.

"Amat baik untuk menamatkan hari dan membuat bawah enam untuk melepasi tekanan."

Hayden Buckley kembali dari penangguhan untuk mencatatkan salah satu daripada lima birdie di lubang keenam iaitu lubang ke-15 dengan mencatatkan lima dibawah par 65.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mei 2024 @ 10:34 AM