WAKIL Senheng Electric (KL) Sdn Bhd, Mah Chin Ngiap (kiri, Pengurus Kewangan) keluar dari Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka, selepas diarah membayar denda RM30,000.
WAKIL Senheng Electric (KL) Sdn Bhd, Mah Chin Ngiap (kiri, Pengurus Kewangan) keluar dari Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka, selepas diarah membayar denda RM30,000.
Oleh Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Sebuah syarikat menjual barangan elektrik dan elektronik terkemuka diarah membayar denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, di sini, sebentar tadi, atas kesalahan menaikkan harga peti sejuk untuk mendapatkan lebih keuntungan, pada Mac lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Amran Jantan terhadap Senheng Electric (KL) Sdn Bhd selepas syarikat terbabit didapati bersalah mengikut Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, selepas gagal mematuhi Peraturan 2(2) Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan 2014.

Berdasarkan pertuduhan, syarikat terbabit didapati melakukan kesalahan itu, pada 11.50 pagi di premis SenQ Mahkota Parade, di sini, 26 Mac lalu, apabila mencatut dalam menjual peti sejuk jenama Pensonic 50ml Mini Bar PEN-PMF-65, dengan menaikkan harga dari RM459 kepada RM479, menyebabkan kenaikan dalam margin keuntungan bersih bagi peti sejuk itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2015 @ 11:53 AM