PAUL (dua kiri) menunjukkan parang yang dirampas daripada sekumpulan lelaki disyaki lanun.
PAUL (dua kiri) menunjukkan parang yang dirampas daripada sekumpulan lelaki disyaki lanun.
Oleh Isma Ismail

Johor Bahru: Seorang lelaki Cina sedang dikesan Pasukan Polis Marin kerana disyaki mendalangi cubaan rompakan kapal di perairan Pulau Lima, Kota Tinggi, kelmarin.

Lelaki berkenaan disyaki menjadi perancang kepada kumpulan lanun yang ditahan selepas cubaan melakukan rompakan kapal terbabit.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, lelaki berkenaan dikehendaki berdasarkan siasatan awal yang dijalankan berdasarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pengakuan seorang daripada sembilan lanun yang ditahan.

Menurutnya, kesemua lanun itu kini direman selama 14 hari bermula semalam.

"Empat krew kapal juga ditahan untuk membantu siasatan," katanya.8

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 November 2014 @ 1:20 PM